Thursday, February 16, 2012

Spaghetti bolonese with meat ball & lamb grilled


Resepi ikut tekak saya lah yer. sila alter ikut kesesuaian tekak masing² .

Bahan²
1 pek speghetti - saya guna angel hair
1 pek daging cincang
1 bottle sos spaghetti Kimball
1biji bawang holland
1biji capsicum merah
1 biji capsicum hijau
10 biji tomato cery
1 pek fresh button mushroom - leh ganti ngan 1 tin botton mushroom
1 sudu cili kisar/boh
2 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
1/2 sudu oregano or mix herbs
2 sudu olive oil

Cara masak :-
1- panaskan olive oil , tumiskan bawang holland yg dipotong dadu . lepas tu masukkan daging kisar.
2- masukkan cili giling , masak sampai naik minyak. lepas tu boleh masukkan bahan² lain ikut kesesuaian mana yg patut di campak dulu hehehe .
3- last sekali masukkan oregano/mix herbs.




Untuk lamb grilled pulak
watak utama - lamb
perap dgn lemon sebentar
lepas tu garamkan
campurkan lada hitam , soya sauce , cili sauce , rosemary .
kalau suka bleh lumurkan mayo jugak.
lepas tu lumur sekali olive oil
ikut la mana yg ado kat dapur tu .
perap dlm 1/2jam.

panaskan nonstick pan
masak dlm 5-10minit ,then terbalikkan ..masak lg dlm 5-10minit .
siapppp , selamat mencuba .

Wednesday, February 8, 2012

Sup Ayam Campur

Sup ayam n friends
hehehehe sup biasa jek tp saya tmbh sayur² & fish ball
cukup tuk seisi keluarga -semua leh makan.

Thursday, December 1, 2011

Kari india ikan merah

As salam

kari india ikan merah / kari tanpa santan .

Monday, October 17, 2011

Dory with Thai Sauce

As Salam
meh skodeng resepi simple & easy dr mummy
budak² sekolah pun boleh buat hehehe
dori - garam,kunyit & perasakan , perap sebentar.
kemudian golek² kat tepung (mummy beli tepung goreng berempah dr kawan daddy) , guna tepung kfc pun boleh hehehe
then goreng sampai garing / kekuningan.
angkat & tos kan minyak.


SOS THAI
bawang putih cincang
bawang besar cincang
daun ketumbar - mummy guna daun sup
1 sudu perahan lemon
1 sudu sos cili thai  - kahkahkah kantoiiii .

campurkan semua bahan , gaul rata .
tekan² sikit tuk keluarkan jus dr bawang² n daun sup
tuk lebih sedap ,simpan sebentar dlm peti sejuk tuk mesrakan bahan²
time nak mkn tuang atas ikan yg telah digoreng.



Selamat Mencuba resepi 15minit ini.

Makan makan makan

meggi goreng dimakan bersama sate kebab. menu yg mudah ,ringkas dan sedap tuk org² yg dah kehabisan idea ataupun malas mcm saya ;-))

Terung goreng berlado . ringkas & sedap.
goreng terung sampai kekuningan. untuk sosnya saya potong dadu bawang putih,bawang besar, buah tomato & cili padi . tumis semua bahan hinggan garing ,masukkan sedikit air dan perasakan. tutup api & tuang ke atas terung yg telah di goreng tadi .

Sup daging versi saya sgt simple.
tumis bawang merah , putih & 4sekawan rempah tumis
masukkan kentang dan karot hingga sedikit kecut , kemudian masukkan daging yg telah direbus agak empuk. tumis sekejap kemudian masukkan secawan air , sup bunjut (saya guna ADABI) , asam keping . biarkan mereneh dgn api sederhana .saya guna api kecil je sbb nak masak mknan lain dulu kan . bila dah empuk perasakan dgn garam n white pepper ..masukkan batang saderi . akhir sekali daun sup n bawang goreng. siap .

kentang dan karot tu saya lenyek² dlm bubur si kecik
si besar pulak mkn nasi berkuah sup daging dan telor goreng . si besar x de gigi so x leh mkn daging hhahaa.

Tuesday, October 11, 2011

Kacang panjang goreng belacan

menu simple yg sedap kat tekak saya
ada leftover sambal belacan kita guna tuk goreng sayur hehehe

Sup ayam ala mamak

Kari ikan bawal

Wednesday, October 5, 2011

Ringkas , mudah & sedap

As salam
resepi hari ni yg sangat sangat sangat ringkas . menu memikat selera nama nya hehehe
tak la , sebenarnya incik daddy request menu ringkas pebret dia iaitu sambal kentang pecah telor ..issshhh pelik nama kan hahaha.
simple giler okeh , jgn semakkan kepala tuk memikir resepi . tp mummy note down juga lah cara² mummy yg malas  ringkas . 10minit pun siap , mkn dgn nasi panas² hohohooho .
  1. potong kentang sesedap rasa tgn anda . mummy suka style hat slice² gitu
  2. goreng sampai garing , kalau x suka garing ikut la sesedap anak tekak masing² ye. angkat dan ketepikan
  3. gunakan 2sudu minyak , tumis bawang besar yg dipotong kasar . kasar? errrkkk besar kot . kalau suka nak buh bawang putih pun silakan , mummy x suka malas. pastu masukkan cili giling/boh 1sudu ,tumis sampai naik minyak  ..masukkan 1sudu cili sos .
  4. masukkan kentang yg telah digoreng . pastikan kering la yer ,kalau basah x sedap sbb jadi lembik². masukkan garam + perasa . akhir sekali pecahkan 2bijik telor . biarkan seketika sampai separuh masak barulah kacau² dan angkat . siapppppp.

 ini plak sup ikan merah bersama kawan²nya.
resepi ?? simple gak . tp mummy x guna kiub , serbuk sup  or sup bunjut .
mummy suka tumis sendiri bahan² . kalau ayam mummy guna gak bunjut sup.
  • tumiskan bawang merah / putih / halia dan rempah tumis 4sekawan .
  • bila kekuningan masukkan kentang + karot . lepas tu masukkan air dan asam keping . mummy suka/mesti letak asam keping sbb x nak bau ikan tu naik hhehehe rasa kembang jek tekak.
  • bila kentang/karot separa lembut , masukkan ikan / brokoli / tomato yg dipotong 4 .
  • perasakan dgn garam & lada putih/hitam . mummy campakkan juga cili padi sbb org lain x suka pedas .. kesian plak kalau cilipadi tu di pecah²kan . kita kasi pecah dlm pinggan okeh hehehe
  • akhir sekali taburkan daun sup & bawang goreng.

 siap untuk dihidang.
makan dgn nasi panas dan sambal kentang telor tadi .

Wednesday, September 21, 2011

Bertukar sudah ... taraaaaaaaa !!!!

As salam .
Since mummy dah x larat nak main uli uli karipap , dan sayang pulak blog ni agak terabai(mmg terabai) makanya mummy dengan rasa bangga bukan riak nak gunakan blog ini as a belog masak² makan² mummy . walaupun masakan pun x seberapa nak ado tp totap la mummy leh tepek kat sini kan . kata blog sendiri ,suka hati mummy laaaa ..x de org kisah pun . at least x de la tersadai gmbr² yg mummy ambik tp malas nak tepek kat belog sinun . belog sinun tuk anak² la kot . belog ni untuk menantu buat refer muahahahaha
tepek gmbr makaroni goreng ..sebab tepek ?? sbb ini lah rasanya gmbr terakhir yg mummy snap . malas kedaung sungguh .. malas snap gmbr tau bukan malas masak . mummy tetap masak walaupun sangat² simple.


enjoy.

Tuesday, June 29, 2010

Order di tutup

untuk kawan² sekelian , harap maaf kerana order untuk karipap frozen saya tutup untuk sementara sehingga akan di beritahu kemudian .
sebab² adalah :~
1) - partner saya tgh preknen - so sgt tidak larat untuk membuat order
2) - saya pun x larattttt -- tettttttttttttttt ;-P
Harap Maklum
:-D

Monday, April 26, 2010

PENGUMUMAN TERKINI

KEPADA PEMBELI :~

PENGUMUMAN KENAIKKAN HARGA.

Oleh kerana kenaikkan harga barang , dan setelah kami membuat bancian
dengan rendah diri kami terpaksa merubah sedikit harga pada produk kami .
bermula pada 1 may 2010 :~

1box = RM 4.00
(tiada lagi promosi 3box = RM 10.00)


HARAP MAKLUM

TERIMA KASIH.

Monday, March 22, 2010

Order from Maria

Lama x update ..
bkn x de order tp sbb order yg sama
malas pulak nak entry kan hehehe
-
Last weekend trima oder from Puan Maria
untuk besday anak dia Najla
- pasta goreng
-Nasi goreng cina
-also karipap panas :-))
Thank a lot , Maria :-D

Friday, March 5, 2010

new packing


nmpk x kemas tp still dalam percubaan.
maybe tukar packing cara lain kalau x sesuai :-D
try & error silih berganti
begitu la kan - cabaran :D



Tuesday, March 2, 2010

Penat

mmpppp saja je nak cerita ttg penat.
sbbnya dah x tau nak cerita pasal apa.
bizz kami ni buat mende yg sama , nak load picture pun dah tentu pic yg sama
crazy kahhhh tepek bende sama berkali² ?? hhehehe
anyway , Alhamdulillah syukur rahmat kepada Allah
gaji bulan feb dah selamat masuk kantung masing²
kan eton kan kan kan ???
walaupun x seberapa tp itulah hasil penat lelah kami
kadang² balik kerja terus terjah bahan² nak buat stok
penat jgn cerita laaaa , kalau ikutkan nak je buat sambil baring hehehe
kadang anak pergi ngaji pun hok hek hok hek sbb nak kita yg hantar
missed that moment ;-))
So far sambutan amat menggalakkan ..
kebanyakan nya repeat order dr kawan² .
Thanks juga pada Datin Noura yg dah repeat order wif big quantity
even jenuh nak buat stok tp puas hati dpt fulfill pending order.
Alhamdulillah
Terima kasih atas sokongan
belilah lagi ;-P

Wednesday, February 24, 2010

Special thanks

firstly maaf la dengan belog saya yg x berapa nak semenggah lagi ni
curi² masa gak nak create new blog - merangkak balik hehehe
kebetulan pula saya mmg agak sibuk lately
order betul² byk masuk - Alhamdulillah
ada yg terpaksa tunggu berminggu tuk dptkan stok
maafkan saya yer dearest cust , bkn sengaja tp apakan daya
kudrat 4kerat dr saya & 4kerat dr eton sungguh x mencukupi
sampai kadang² kami rasa nak cari pembantu - hahaha overkan ?
untungpun belum seberapa ;-P
-
Anyway saya nak ucapkan trillion thankz to 2 my lovely frenz
yg sudi dgn rela tanpa paksa mempromosikan frozen fud saya ni
really appreciate it lalinks !!
visit here ;-D

Tuesday, February 23, 2010

Order² & Makan²

ini order untuk last 2 week .
hehehehe perammmm.
nasi lemak kosong jek.
15pax


ini pulak order untuk yesterday never die
nasi goreng sardin
also 15pax
Alhamdulillah ada juga order even kecil²an
kalau x de yg kecil manakan ada yg besar kan ?
:-P




IKLAN DARI TUAN TANAH


Bismillahirrahmanirrahim ..
Salam readers yg dihormati - (kalau ada)
Saya baru bermula & mencari menapak dlm bisnes ni.
Memberi pilihan untuk anda yg ada kekangan masa untuk membuat & memasak kuih kegemaran keluarga ini .
Product saya ini cuma perlukan masa yg sedikit untuk menggoreng kerana
karipap ini telah dibakar 50% ..
Gunakan api yg kecil , goreng sekejap & anda sudah boleh menikmatinya.
Mudah kan ?? :-D
E-ZATON FROZEN Produk:
Karipap frozen - Kentang ayam
Karipap frozen - Kentang sardin
Karipap frozen - Kentang daging
Karipap frozen - Keledek ayam
Harga : RM 3.50 for 10's (1box)
RM 10.00 for 30's (1box or 3box)
Hubungi saya : IZA / Jiejah HP - 012 2612817
YM - jiejah_7171
Sekian Terima Kaseh.

 

Design By:
SkinCorner