Wednesday, October 5, 2011

Ringkas , mudah & sedap

As salam
resepi hari ni yg sangat sangat sangat ringkas . menu memikat selera nama nya hehehe
tak la , sebenarnya incik daddy request menu ringkas pebret dia iaitu sambal kentang pecah telor ..issshhh pelik nama kan hahaha.
simple giler okeh , jgn semakkan kepala tuk memikir resepi . tp mummy note down juga lah cara² mummy yg malas  ringkas . 10minit pun siap , mkn dgn nasi panas² hohohooho .
  1. potong kentang sesedap rasa tgn anda . mummy suka style hat slice² gitu
  2. goreng sampai garing , kalau x suka garing ikut la sesedap anak tekak masing² ye. angkat dan ketepikan
  3. gunakan 2sudu minyak , tumis bawang besar yg dipotong kasar . kasar? errrkkk besar kot . kalau suka nak buh bawang putih pun silakan , mummy x suka malas. pastu masukkan cili giling/boh 1sudu ,tumis sampai naik minyak  ..masukkan 1sudu cili sos .
  4. masukkan kentang yg telah digoreng . pastikan kering la yer ,kalau basah x sedap sbb jadi lembik². masukkan garam + perasa . akhir sekali pecahkan 2bijik telor . biarkan seketika sampai separuh masak barulah kacau² dan angkat . siapppppp.

 ini plak sup ikan merah bersama kawan²nya.
resepi ?? simple gak . tp mummy x guna kiub , serbuk sup  or sup bunjut .
mummy suka tumis sendiri bahan² . kalau ayam mummy guna gak bunjut sup.
  • tumiskan bawang merah / putih / halia dan rempah tumis 4sekawan .
  • bila kekuningan masukkan kentang + karot . lepas tu masukkan air dan asam keping . mummy suka/mesti letak asam keping sbb x nak bau ikan tu naik hhehehe rasa kembang jek tekak.
  • bila kentang/karot separa lembut , masukkan ikan / brokoli / tomato yg dipotong 4 .
  • perasakan dgn garam & lada putih/hitam . mummy campakkan juga cili padi sbb org lain x suka pedas .. kesian plak kalau cilipadi tu di pecah²kan . kita kasi pecah dlm pinggan okeh hehehe
  • akhir sekali taburkan daun sup & bawang goreng.

 siap untuk dihidang.
makan dgn nasi panas dan sambal kentang telor tadi .

No comments:

Post a Comment

 

Design By:
SkinCorner