Monday, October 17, 2011

Dory with Thai Sauce

As Salam
meh skodeng resepi simple & easy dr mummy
budak² sekolah pun boleh buat hehehe
dori - garam,kunyit & perasakan , perap sebentar.
kemudian golek² kat tepung (mummy beli tepung goreng berempah dr kawan daddy) , guna tepung kfc pun boleh hehehe
then goreng sampai garing / kekuningan.
angkat & tos kan minyak.


SOS THAI
bawang putih cincang
bawang besar cincang
daun ketumbar - mummy guna daun sup
1 sudu perahan lemon
1 sudu sos cili thai  - kahkahkah kantoiiii .

campurkan semua bahan , gaul rata .
tekan² sikit tuk keluarkan jus dr bawang² n daun sup
tuk lebih sedap ,simpan sebentar dlm peti sejuk tuk mesrakan bahan²
time nak mkn tuang atas ikan yg telah digoreng.



Selamat Mencuba resepi 15minit ini.

Makan makan makan

meggi goreng dimakan bersama sate kebab. menu yg mudah ,ringkas dan sedap tuk org² yg dah kehabisan idea ataupun malas mcm saya ;-))

Terung goreng berlado . ringkas & sedap.
goreng terung sampai kekuningan. untuk sosnya saya potong dadu bawang putih,bawang besar, buah tomato & cili padi . tumis semua bahan hinggan garing ,masukkan sedikit air dan perasakan. tutup api & tuang ke atas terung yg telah di goreng tadi .

Sup daging versi saya sgt simple.
tumis bawang merah , putih & 4sekawan rempah tumis
masukkan kentang dan karot hingga sedikit kecut , kemudian masukkan daging yg telah direbus agak empuk. tumis sekejap kemudian masukkan secawan air , sup bunjut (saya guna ADABI) , asam keping . biarkan mereneh dgn api sederhana .saya guna api kecil je sbb nak masak mknan lain dulu kan . bila dah empuk perasakan dgn garam n white pepper ..masukkan batang saderi . akhir sekali daun sup n bawang goreng. siap .

kentang dan karot tu saya lenyek² dlm bubur si kecik
si besar pulak mkn nasi berkuah sup daging dan telor goreng . si besar x de gigi so x leh mkn daging hhahaa.

Tuesday, October 11, 2011

Kacang panjang goreng belacan

menu simple yg sedap kat tekak saya
ada leftover sambal belacan kita guna tuk goreng sayur hehehe

Sup ayam ala mamak

Kari ikan bawal

Wednesday, October 5, 2011

Ringkas , mudah & sedap

As salam
resepi hari ni yg sangat sangat sangat ringkas . menu memikat selera nama nya hehehe
tak la , sebenarnya incik daddy request menu ringkas pebret dia iaitu sambal kentang pecah telor ..issshhh pelik nama kan hahaha.
simple giler okeh , jgn semakkan kepala tuk memikir resepi . tp mummy note down juga lah cara² mummy yg malas  ringkas . 10minit pun siap , mkn dgn nasi panas² hohohooho .
  1. potong kentang sesedap rasa tgn anda . mummy suka style hat slice² gitu
  2. goreng sampai garing , kalau x suka garing ikut la sesedap anak tekak masing² ye. angkat dan ketepikan
  3. gunakan 2sudu minyak , tumis bawang besar yg dipotong kasar . kasar? errrkkk besar kot . kalau suka nak buh bawang putih pun silakan , mummy x suka malas. pastu masukkan cili giling/boh 1sudu ,tumis sampai naik minyak  ..masukkan 1sudu cili sos .
  4. masukkan kentang yg telah digoreng . pastikan kering la yer ,kalau basah x sedap sbb jadi lembik². masukkan garam + perasa . akhir sekali pecahkan 2bijik telor . biarkan seketika sampai separuh masak barulah kacau² dan angkat . siapppppp.

 ini plak sup ikan merah bersama kawan²nya.
resepi ?? simple gak . tp mummy x guna kiub , serbuk sup  or sup bunjut .
mummy suka tumis sendiri bahan² . kalau ayam mummy guna gak bunjut sup.
  • tumiskan bawang merah / putih / halia dan rempah tumis 4sekawan .
  • bila kekuningan masukkan kentang + karot . lepas tu masukkan air dan asam keping . mummy suka/mesti letak asam keping sbb x nak bau ikan tu naik hhehehe rasa kembang jek tekak.
  • bila kentang/karot separa lembut , masukkan ikan / brokoli / tomato yg dipotong 4 .
  • perasakan dgn garam & lada putih/hitam . mummy campakkan juga cili padi sbb org lain x suka pedas .. kesian plak kalau cilipadi tu di pecah²kan . kita kasi pecah dlm pinggan okeh hehehe
  • akhir sekali taburkan daun sup & bawang goreng.

 siap untuk dihidang.
makan dgn nasi panas dan sambal kentang telor tadi .
 

Design By:
SkinCorner